About Me

My photo
..a scenic...an eccentric to the untrained eyes..
Please pardon the language since these posts are only drafts without proofing

Friday, January 5, 2024

Kelam_Kapitel Drei

“I’m going to marry you after you finish with your studies and come back home!”

 Kata-katanya menyebabkan Zul tergelak besar.

 “Stop spouting this nonsense! Pa and Ma will hear you!”

 Pemuda itu melihat ke sekeliling untuk memastikan tiada sesiapa yang mendengar akan perbualan mereka.

 “It’s ok you know. We are not related by blood. Ustazah said we could get marr…”

 Tiba-tiba Zul menutup mulutnya agar dia tidak meneruskan kata-kata.

 “Youuu..”

 Pemuda itu melihat ke sekeliling kawasan balai pelepasan di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur itu, menarik tangannya dan berjalan pantas menuju ke satu sudut yang terselindung dari orang ramai. Dia hanya mengikut sambil sesekali melemparkan pandangan ke sekeliling mencari-cari kelibat ibu dan ayah angkatnya.

 Suasana balai pelepasan lapangan terbang itu begitu sesak, lebih-lebih lagi kerana pada hari itu, kesemua pelajar biasiswa yang akan ke Ireland dan Scotland bakal berlepas dari situ, termasuklah abang angkatnya.

Zul melepaskan tangannya apabila mereka tiba ke situ dan merenung wajahnya lama.

“You should stop saying things like that. You are a big girl now!” Suara pemuda itu sedikit cemas.

“I know, I am an adult now! I am 15 this year.” Dia tersenyum sambil merapati pemuda itu.

“Yes and no! You are still 15. You do not know what you are saying! We should be siblings!”

“But we are not, are we?”

Dia masih berkeras membuatkan pemuda itu tunduk merenung lantai sambil meramas-ramas kepalanya, bingung.

“Onisan..”
 
Dia bersuara manja membuatkan Zul mengangkat muka dan melihat ke arahnya.

“Let’s not fight.. Let’s kiss and make up”

Dia memegang hujung blazer yang dipakai oleh pemuda itu sambil menarik-nariknya lembut, memujuk abang angkatnya itu.

Setelah lama terdiam, Zul menarik nafas dalam sambil merapatinya. Mata pemuda itu melihat kesekeliling sebelum dia memeluk tubuh ‘adiknya’ itu.

“What should I do with you..”
 
Zul melepaskan nafas berat, mengeratkan pelukan sambil mencium ubun-ubun gadis itu. Jess tersenyum bahagia.

“Let’s kiss then before you leave..”

“Stop it!” Zul menggeleng-gelengkan kepalanya membuatkan dia sedikit tertawa.

“Since when did you become so vulgar?!” Zul melepaskan ketukan ke kepala Jess.

“Be a good girl to Ma and Pa, okay?! Don’t stay out late, or just don’t go out at all! There are many many dangers out there. Do not! I say do not, hang out with boys! I’ll try try to call you when I can. Ok?”

Dia hanya diam, selesa dalam dakapan pemuda itu.

“Ok?!” Pemuda itu menyoal lagi membuatkan dia menganggukkan kepala.

“Onisan..”

“Yeah..”

Dia meleraikan pelukan dan melangkah setapak ke belakang menjauhi pemuda itu. Pemuda itu hanya melihat ke arah wajahnya, penuh tanda tanya.

“I learnt this in ASL class last week.”
 
Habis berkata-kata, dia menggerakkan tangan kanannya ke dada membuat isyarat ‚saya‘, dan kemudian menyilangkan tangan kiri ke atas tangan kanannya di dada, sebelum menggerakkan tangan kanannya menunjuk ke arah pemuda itu.

Zul tersenyum sayu dan kembali memeluknya erat.

“You are such an idiot! Why did they teach you this weird stuff huh?!” 

Pemuda itu mengomel sambil mengemaskan pelukan. Dia menghela nafas dalam sebelum kembali bersuara.

“I love you too, you little idiot”